KONSEP AKAUNTABILITI
Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab yang harus
difahami dan dilaksanakan oleh guru. Kaplan, L dan Owing, W
(2001) melihat akauntabiliti guru dari dua perspektif iaitu perspektif kualiti
guru dan kualiti pengajaran. Perspektif terhadap kualiti guru bermaksud guru
bertanggungjawab ke atas pencapaian akademik pelajar. Akauntabiliti keguruan
ialah tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru. Akauntabiliti
keguruan bermaksud tanggungjawab terhadap profesion keguruan.
Akauntabiliti Guru terhadap Sekolah
Kaedah mengajar haruslah sejajar dengan perkembangan kognitif
murid-murid. Guru perlulah bersifat optimistik dan menunjukkan minat yang
tinggi dalam pekerjaannya. Kaedah pengajaran yang terkini dan canggih perlulah
diaplikasikan oleh guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Perhubungan
sosial yang baik serta kawalan disiplin yang berkesan juga perlu dititikberatkan
oleh guru.
Guru praktikum
terlibat dalam aktiviti kokurikulum di sekolah sebagai juri.
Akauntabiliti Guru terhadap Tingkah Laku
Guru perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan agar
guru dapat menjadi ‘role model’ yang baik dalam masyarakat setempat. Memelihara
penampilan diri perlulah dititikberatkan oleh setiap guru agar sentiasa
kelihatan kemas dan menjukkan ciri-ciri guru berkualiti. Penglibatan aktif guru
dalam aktiviti yang berfaedah sangat penting serta guru perlu bijak dalam mengawal
emosi ketika mengajar.
Akauntabiliti Guru terhadap Murid
Mengutamakan
kebajikan dan keselamatan murid-murid adalah salah satu tanggungjawab yang
perlu diambil cakna oleh guru. Guru perlu ikhlas dalam menyampaikan ilmu
pengetahuan dan membentuk sahsiah murid supaya menjadi insan yang berilmu
pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada negara.
Bersikap adil
terhadap semua pelajar
Akauantabiliti Guru terhadap Profesion
Guru haruslah mengelak daripada membuat sebarang kenyataan negatif tentang
profesionnya dalam media. Seharusnya guru perlulah mengambil tindakan yang
sewajarnya dalam membuat sesuatu keputusan. Selain itu, guru perlu selalu
bersedia untuk membantu rakan sejawat sekiranya memerlukan bantuan berkenaan dengan
tugasan. Guru perlu menjadi ahli kesatuan guru. Elakkan daripada terlibat dalam
sebarang kegiatan negatif atau merbahaya.
Akauntabiliti Guru terhadap Komuniti
Guru seharusnya tidak menyebarkan ajaran negatif yang boleh
merosakkan kepentingan pelajar. Bersopan-santun dan bertingkah laku baik dalam
segala aktiviti sosial sangat penting supaya guru sentiasa dihormati oleh
masyarakat sekeliling. Guru juga perlu sentiasa menghormati ahli masyarakat
setempat dan tidak mencemarkan nama baik rakan sejawat.
No comments:
Post a Comment