CIRI-CIRI GURU BERKUALITI

CIRI-CIRI GURU BERKUALITI

Berkualiti Dari Segi Kerohanian


Guru perlu memiliki sahsiah atau tingkah laku yang baik dan terpuji. Antara ciri guru bersahsiah yang baik ialah menjalankan tugas dengan tepat pada masanya, ikhlas dalam menjalankan tugas, menghormati rakan guru serta pelajar, berakhlak mulia, rajin dan lain-lain. Tingkah laku yang baik ini terkandung dalam Etika dan Tatasusila Profesion Keguruan.









                              Hubungan baik antara guru pembimbing dengan guru praktikum






Berkualiti Dari Segi Jasmani


Guru yang berkualiti sentiasa menjaga kesihatan diri agar dapat menjalankan tugas sebagai guru yang berkualiti sehingga tamat tempoh perkhidmatan. Sebagai seorang guru, guru tersebut haruslah menonjolkan penampilan diri yang baik. Sebagai seorang guru, kita sentiasa diperhatikan oleh pelajar untuk dijadikan contoh tauladan. Cara berpakaian, gaya tutur kata dan tingkah laku kita mestilah menampakkan keterampilan dan kewibawaan sebagai seorang guru yang berkualiti. Kita mestilah berpakaian kemas bagi mengekalkan gaya sebagai seorang guru yang berkualiti.








Berkualiti Dari Segi Emosi

Guru perlulah sentiasa menghayati nilai-nilai murni dan Etika Perkhidmatan. Guru juga harus mempunyai pemikiran yang positif dalam menjalankan tugasnya. Terdapat 12 nilai murni teras Etika Kerja Perkhidmatan Awam Malaysia yang juga dikenali sebagai tonggak 12 yang perlu diamalkan. Guru perlulah bersabar dalam menghadapi kesusahan dan cabaran dalam menyampaikan ilmu pengetahuan kepada murid-murid. Sifat sabar yang tinggi perlu dipupuk dalam diri seseorang guru ketika melayan pelbagai karenah murid di sekolah. Setiap keputusan yang diambil haruslah rasional dan hendaklah tidak terburu-buru.




No comments:

Post a Comment

LAMAN UTAMA

KPR 3012 Seminar Refleksi Latihan Mengajar: Pengamal Refleksi dan Pembangunan Profesionalisme MODERATOR: SITI SUHAILA BIN HJ...