Para pendidik
hari ini juga memainkan peranan penting dalam usaha merealisasikan aspirasi
negara, mewujudkan perpaduan kaum bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan.
Guru merupakan agen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan
para guru terhadap tanggungjawab melengkapkan ilmu dan keluhuran peribadi
mereka. Perpaduan kaum dapat disemai apabila guru menerapkan nilai-nilai murni,
seperti saling menghormati antara satu sama lain tanpa mengira bangsa dan
agama.
Sesuatu
profesion yang sebenar adalah satu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti
kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang
diperlukan masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan
mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan
mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan soal-soal yang berkaitan
dengan pendidikan.
Tanggungjawab utama yang digalas oleh guru tertumpu kepada
tiga perkara yang menumpukan kepada kekuatan dalaman yang utama iaitu dari
aspek agama, nilai dan etika. Akauntabiliti atau kebertanggungjawab seseorang
guru difokuskan kepada tiga aspek iaitu tanggungjawab terhadap profesion
perguruan, tanggungjawab terhadap negara dan tanggungjawab terhadap sekolah,
masyarakat dan diri sendiri. Sebagai pendidik, guru bertanggungjawab terhadap
tugas yang diamanahkan iaitu menyalur atau menyampaikan kurikulum yang telah
disediakan kepada murid-murid dengan kaedah pengajaran yang berkesan. Secara umumnya tanggungjawab dan akibat
tingkah laku seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
No comments:
Post a Comment